Kuala Lumpur: Dua belas lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang leka berjudi daun terup di medan selera di Jinjang Utara, di sini, ditahan polis pada 1 pagi tadi.
Mereka ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, semua yang ditahan berusia 30 hingga 50 tahun.
"Polis merampas 52 daun terup yang digunakan untuk berjudi dan wang tunai sebanyak RM80 yang dipercayai wang pertaruhan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.