Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Penunggang motosikal tercampak dari Jambatan Pulau Pinang

Suka.info     2:45:00 AM     0

Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Jambatan Pulau Pinang hari ini.

Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam di dalam lumpur di bawah jambatan itu.

Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Perai Roslan Rashid berkata kejadian pada 9.30 pagi di KM1.4 Jambatan Pulau Pinang itu melibatkan dua motosikal dari arah Perai menghala ke pulau.

"Muhammad Noor Firdaus bernasib baik kerana air laut surut menyebabkan sebahagian badannya terbenam dalam lumpur," katanya di George Town.

Beliau berkata pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar jambatan serta di permukaan air dari atas jambatan itu sebaik mendapat laporan berhubung kejadian itu.

"Mangsa ditemui di permukaan air dan dibawa keluar menggunakan sistem anchoring...kami menariknya ke atas jambatan yang setinggi kira-kira 10 meter itu," katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer keberikutan pengguna jalan raya berhenti untuk melihat dan ada yang cuba menyelamatkan lelaki itu.

- Bernama

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.