ALOR SETAR 29 Okt. - Seorang wanita berumur 38 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi perempuan yang dibuang di dalam mesin basuh di Kampung Ulu Dulang Kecil, Yan malam kelmarin ditahan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Ulu Dulang Kecil.
"Siasatan lanjut masih diteruskan, suspek ditahan serta akan direman untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan polis masih mengesan uri yang dibuang oleh suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.