Powered by Blogger.

Saturday, October 17, 2015

Denda RM1,000 jika MyKad hilang berkuatkuasa 15 Oktober

Suka.info     8:53:00 PM     0



Putrajaya: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menetapkan RM1,000 sebagai kadar baru denda bagi kehilangan MyKad untuk kali ketiga dan seterusnya.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman, berkata kadar baru itu berkuatkuasa di seluruh negara, bermula 15 Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya, pengecualian kadar denda itu akan diberikan hanya kepada OKU, fakir miskin, warga emas berusia 60 tahun ke atas, mengsa bencana, kes jenayah seperti samun, kecurian dan ragut serta remaja warga Malaysia berusia 18 tahun ke bawah.

“Kaedah pelaksanaan kadar denda baru itu tidak akan mengambil kira sejarah kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan ia hanya berkuatkuasa mulai 15 Oktober ini.

"Selain itu, kadar denda bagi kehilangan pertama adalah RM100 dan kedua (RM300)," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, bagi permohonan gantian kad pengenalan kali pertama, individu berkenaan boleh terus ke kaunter JPN, manakala kali kedua pula perlu membuat satu laporan polis dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya, pemohon akan disiasat terlebih dahulu sebelum kad pengenalan baru dikeluarkan.

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.