Powered by Blogger.

Tuesday, October 27, 2015

Jokowi suarakan hasrat Indonesia sertai TPP ketika bertemu Obama

Suka.info     7:35:00 PM     0

WASHINGTON: Presiden AS, Barack Obama mendapat sokongan Presiden Indonesia, Joko Widodo terhadap pakatan dagangan kontroversi Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dengan menyatakan hasrat negara itu untuk menyertainya.


Dalam pertemuan dengan Obama di Rumah Putih, Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi, menyatakan hasrat Indonesia menyertai TTP walaupun berdepan tentangan nasionalis ekonomi negara itu.

"Indonesia adalah ekonomi terbuka dan dengan penduduk lebih 250 juta, kami adalah ekonomi terbesar di Asia Tenggara.

"Kami berhasrat menyertai TPP," katanya di Rumah Putih.

Rundingan TPPA yang kali pertama dilancarkan pada 2005, membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. TPP akan mewujudkan kawasan perdagangan bebas terbesar dunia.

TPP juga dilihat sebagai usaha AS mengimbangi kuasa ekonomi China di Asia.

Sokongan Jokowi terhadap TPP adalah kemenangan politik kepada Obama, yang akan membentangkan rancangan itu kepada kongres yang dikuasai wakil Republikan, malah sokongan daripada parti Obama sendiri, Demokrat juga tidak menyeluruh.

Hillary Clinton, yang mendahului kempen Presiden pemilihan Presiden tahun depan, berkata TPP tidak mencapai standard yang ditetapkan untuk menjaga kepentingan AS. - AFP

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.