Pulau Gaya: Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui di pesisir pantai Kampung Lok Urai, dekat sini, petang tadi.
Bayi berusia 10 bulan itu ditemui kira-kira 2 petang oleh sekumpulan kanak-kanak yang mandi laut berhampiran lokasi bayi malang itu ditemui.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kanak-kanak itu kemudian memaklumkan kepada bapa mereka sebelum melaporkan kepada ketua kampung dan polis.
"Seorang daripada kanak-kanak itu memberitahu melihat anjing mengorek sesuatu di pesisir pantai yang jaraknya hampir dua meter dari mereka dan pada masa yang sama seekor biawak menarik sesuatu dari lubang yang dikorek anjing terbabit.
"Curiga dengan kejadian itu, kanak-kanak terbabit kemudian melakukan pemeriksaan lalu terkejut apabila menemui mayat bayi di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati bayi itu berusia 10 bulan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya, mayat bayi itu kemudian di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.