Powered by Blogger.

Friday, October 30, 2015

Lari dari pusat pemulihan! Zamani membuat pengakuan tentang perkara sebenar

Suka.info     9:41:00 AM     0

“Kami puji tindakan Zamani yang tampil membuat laporan dan berharap orang ramai bersabar sementara kami menjalankan siasatan,” katanya.

Beberapa hari lalu kecoh kes melarikan diri dari pusat pemulihan PENGASIH oleh vokalis kumpulan terkenal Slam, Zamani dengan menaiki sebuah kereta bersama individu tidak dikenali.

“Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup jelas Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd.

Laporan polis turut dibuat ekoran daripada risau akan keselamatan Zamani yang dilihat bersama 2 individu pada jam 10.26 malam. Bagaimanapun, Zamani telah menafikan tuduhan melarikan diri itu sebaliknya menjelaskan perkara sebenar bahawa dirinya keluar dari pusat itu atas kerelaan sendiri.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob turut memberitahu, Zamani telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk membuat laporan polis isu sebenar yang berlaku.

Dalam laporan yang dibuat, Zamani difahamkan terpaksa meninggalkan Mykad, sejumlah wang dan beberapa barangan peribadi di pusat berkenaan.

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.