Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Lori bawa muatan minyak masak terbalik

Suka.info     10:19:00 PM     0


SUNGAI PETANI – Sebuah lori yang membawa muatan minyak masak seberat tiga tan terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Makmur, Sungai Lalang di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.40 tengah hari, semasa lori terbabit yang dinaiki seorang pemandu dan dua kelindan itu dalam perjalanan dari Gurun ke Sungai Petani.

Kemalangan itu juga menyebabkan laluan di kedua-dua arah agak sesak ekoran kebanyakan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kemalangan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

"Seramai lapan anggota dengan sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa kemalangan.

"Lori berkenaan dipercayai terbabas sebelum terbalik dan sedang dalam perjalanan dari Gurun ke Sungai Petani untuk menghantar bekalan minyak masak," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah Shahrim, pemandu dan dua kelindannya bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Pihak kami terpaksa menggunakan pasir untuk membersihkan jalan raya ekoran keadaannya yang licin banyak muatan minyak masak yang pecah.

"Kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan kira-kira pukul 1.58 petang," katanya. - K! ONLINE



Lagi Menarik di Intenet Raya:

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.