Powered by Blogger.

Wednesday, October 28, 2015

Maut tercampak dari kereta

Suka.info     6:24:00 AM     0

GEORGE TOWN – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tembok pembahagi jalan sebelum tercampak keluar beberapa meter dari kenderaan itu di Kilometer 5.7 Jambatan Pulau Pinang di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, Chu Chin Chuan, 29, disahkan mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala.

Chin Chuan dipercayai terpelanting ke belakang keretanya jenis Toyota Vios berwarna biru, sebelum ditemui tertiarap di tepi tembok jambatan berkenaan. Jarak kereta itu dengan mangsa dianggarkan kira-kira lapan meter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa dalam perjalanan dari arah Butterworth ke bahagian pulau.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.