Powered by Blogger.

Tuesday, October 27, 2015

Pengakuan Zahirah MacWilson Terhadap Zul Ariffin

Suka.info     9:08:00 PM     0

Nama pelakon Zahirah MacWilson kini sedang hangat diperkatakan dan menjadi perhatian apabila dia didakwa telah keluar bersama Zul Ariffin. Ekoran itu, ia sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya sama ada Zul masih lagi bersama kekasihnya ataupun sudah memilih kekasih baru iaitu Zahirah.


Menurut sumber, Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson dikatakan telah menghadiri tayangan amal bersama-sama malah Zahirah juga dilihat tidak berselindung mengenai apa yang sedang berlaku di antara mereka ketika ini.

“Saya bukan mengelak. Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan rapat. Saya tidak mahu berkongsi terlalu banyak maklumat kerana kami hanya berkawan. Kalau apa yang peribadi, biarlah saya simpan sendiri”.

“Saya dan Zul sama. Dia juga jenis terbuka seperti saya,” jelasnya kepada portal tersebut. Apa-apa pun, pastinya pasangan ini keluar bersama atas dasar kawan. Eh, pasangan pula. Maksud kami, mereka’kan benar-benar hanya kawan rapat sahaja’kan?

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.