Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Perompak kantol sebab tinggalkan kesan lepas merompak

Suka.info     7:22:00 PM     0



SEREMBAN - Plat nombor pendaftaran satu daripada dua motosikal dinaiki penjenayah tercicir ketika mereka bergegas melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Taman Seremban, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, tiga penjenayah bersenjatakan parang menaiki dua motosikal menyamun kedai milik Choong Kong Woon, 58.

Kong Woon berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya, Chin Sau Lin, 52, sedang menyusun barang-barang kerana mahu menutup kedainya.

Menurutnya, secara tiba-tiba datang tiga lelaki menaiki motosikal, bertopi keledar dengan parang di tangan.

“Saya berjaya menghalang dua lelaki daripada masuk kedai dengan menolaknya menggunakan rak beroda beberapa kali. Tindakan saya menyebabkan seorang daripada penjenayah itu terjatuh.

“Seorang lagi lelaki datang ke arah saya dan mengacukan parang di leher, manakala seorang lagi terus ke kaunter mengambil wang hampir RM1,000,” katanya.

Menurutnya, semua penjenayah itu terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan kedai.

“Nombor plat motosikal salah seorang daripada mereka tercicir di hadapan saya. Tapi nombor plat itu ada yang hilang. Mujur saya dan isteri tidak dicederakan," katanya ketika ditemui di kedainya di sini, semalam.

Kong Woon berkata, kejadian itu merupakan kali kedua sepanjang 13 tahun dia berniaga di situ.

“Tahun lepas berlaku cubaan memecah masuk kedai saya tetapi tidak berjaya kerana perompak gagal buka pintu kedai.

“Bulan lepas pula, sekumpulan lelaki mahu samun adik saya di jalan raya utama taman ini tetapi suspek tidak berjaya,” katanya.

Sementara itu, Adun Senawang, P. Gunasekaran berkata, kejadian samun sering berlaku di kawasan taman perumahan itu walaupun pondok polis hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja dari kedai mangsa.

“Kawasan di sini sangat sunyi dan ramai peniaga terpaksa tutup perniagaan mereka lebih awal kerana bimbang kejadian samun.

“Kita minta pihak berkuasa untuk membuat kawalan berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.

SinarHarian


Lagi Menarik di Intenet Raya:

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.