Susulan keputusan kerajaan tidak mengharamkan vape atau rokok elektronik, persatuan penggunanya hari ini menyatakan kesediaan membayar cukai kepada kerajaan.
Bagaimanapun, bagi Persatuan E-vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta), hanya perasa vape yang mempunyai nikotin sahaya boleh diterima mereka.
"Jika betul nak cukai, cukaikan cecair perisa yang ada nikotin. Sebab pengguna akan berubah dari guna tembakau (rokok) kepada vape.
"Kita setuju sangat cecair yang ada nikotin dikenakan cukai bagi ganti pendapatan kerajaan yang hilang.
"Bagi Mevta, kita rasa peralatan vape harus dikecualikan dari cukai. Kita rasa bagi peralatan patut dikekalkan tiada cukai. Ia bagi galakkan perokok mengakses alat ini," kata presidennya Allan Foo.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Alu-alukan keputusan hari ini
Selain itu, beliau juga mengalu-alukan tindakan kerajaan yang tidak mengharamkan penggunaan vape.
Katanya, apa yang penting adalah pihak kerajaan dapat membantu mengawal selia industri vape ini dengan betul di samping persatuannya pula mendidik pengguna vape.
"Di Mevta, apa yang kita rasa boleh sokong, bukan sekadar tak larang industri ini. Kita nak industri ini dikawal selia dengan cara yang betul. Kita selalu mendidik orang dalam industri ini," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mengumumkan kerajaan mungkin mengharamkan penggunaan vape berikutan dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.
Bagaimanapun, penghisap rokok elektronik membidas cadangan itu dan mempertikaikan keputusan kerajaan dengan berkata kerajaan seharusnya mengharamkan rokok terlebih dahulu kerana ia lebih memudaratkan.
Bagaimanapun Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan kerana memahami aspirasi anak muda dengan tidak mengharamkan vape.
Malaysiakini
Lagi Menarik di Intenet Raya:
7 Sebab Kenapa Lelaki Nampak Seksi Pada Mata Wanita Sampai Bikin Cair
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.