Mempunyai cahaya mata sememangnya impian bagi pasangan yang berkahwin. Namun, tidak semua pasangan bertuah! Ada yang sudah lama mendirikan rumah tangga malahan berpuluhan tahun tetapi tidak dikurniakan anak dan ada juga yang baru sahaja mendirikan rumahtangga tetapi dikurniakan anak dalam waktu terdekat.
Begitu juga yang dialami oleh kedua pasangan ini iaitu penyanyi FarahWahida dan suaminya Abdul Shukur Mohd Zain, 31, setelah hampir dua tahun berkahwin. Walaupun kini arus pemodenan yang kian canggih dan terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat namun adakalanya boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan.
Menurut Farawahida, suaminya tidak membenarkan dia mengambil sembarangan ubat-ubatan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi mendapatkan cahaya mata.
Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 30, berkata, suaminya yang juga ahli perniagaan dalam bidang perubatan turut memantau makanan tambahan yang diambil bagi memastikan ia tidak berisiko.
“Saya tidak ambil apa-apa ubat atau makanan tambahan semata-mata untuk memudahkan mengandung. Suami saya sendiri tidak benarkan kerana dia kata sarung ubat pun bahaya.
“Jadi apa juga ubat atau makanan tambahan yang saya ingin ambil perlu dipantau oleh suami dahulu, saya juga tidak ambil banyak makanan tambahan cuma pati ikan dan pati buah delima sahaja,” ujarnya.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan.
Farawahida dan Shukur Mohd Zain telah bernikah di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013.
GosipMalaysia
Lagi Menarik di Intenet Raya:
You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
Lagi Menarik di Intenet Raya:
You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.