Powered by Blogger.

Friday, October 30, 2015

Suara hati seorang mak nyah

Suka.info     8:53:00 PM     0



SEREMBAN - Dia tidak minta dilahirkan begitu. Namun, pergaulan dan penampilannya seolah-olah menjadi tembok penghalang untuk meneruskan kehidupan apabila sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.

Bukan sahaja disisihkan masyarakat, malah golongan mak nyah juga menghadapi masalah dalam kehidupan apabila sukar memperolehi pekerjaan untuk menyara hidup sehingga akhirnya mereka terpaksa memilih jalan akhir, menjadi pelayan pelanggan.

Mereka tiada pilihan lain walaupun menyedari pekerjaan itu berdosa dan dipandang serong masyarakat, namun apa lagi yang harus mereka lakukan selain menerima saja dengan berat hati.

Menurut seorang mak nyah yang dikenali sebagai Zai, 50, hidupnya tidak menentu sejak diberhentikan kerja di sebuah kilang plastik yang beroperasi di Petaling Jaya pada 1998.

Bermula dari situ, katanya, kehidupannya semakin hari semakin mencabar sehingga terpaksa membuat kerja-kerja tidak bermoral demi sesuap nasi.

Menurutnya, bukannya kerana mahu mengejar kemewahan atau keseronokan tetapi kerana tiada sumber pendapatan tetap membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa.

“Kini saya sudah bertaubat memandangkan usia semakin ‘senja’. Saya tak pernah terfikir untuk kembali melakukan pekerjaan terkutuk seperti itu lagi.

“Cuma sekarang ini apa yang saya nak beritahu, peluang untuk orang seperti saya mendapatkan pekerjaan tetap sangat tipis. Saya banyak pergi temuduga kerja tapi disebabkan perwatakan dan penampilan saya yang lembut, mereka menolak.

“Sebelum ini saya pernah bekerja di sebuah kilang dan tukang bersih di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tapi sebaik sahaja saya pindah ke Seremban, sehingga kini saya tidak punyai kerja cuma sesekali membantu kawan saya dalam urusan perkahwinan dan baju pengantin,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Program Ziarah Masyarakat yang dikendalikan Persatuan Pembangunan Masyarakat (PPM) Negeri Sembilan di Taman Permai, di sini, kelmarin.

Turut serta, Pengerusi PPM, Mohd Aryan Kailash Arumugam.

Menurut Zai, golongan sepertinya tidak akan terbabit dalam pekerjaan tidak bermoral sekiranya mempunyai pekerjaan tetap.

“Bukan disebabkan nafsu semata-mata tetapi disebabkan terdesak membuatkan kami terpaksa melakukan aktiviti tidak bermoral seperti melacur.

“Kalau diikutkan hati, memang kami sendiri tidak mahu jadi seperti itu. Tapi kami tiada pilihan.

“Kini saya berharap ada pihak yang dapat sudi memberi pekerjaan tetap kepada saya bagi menampung kehidupan seharian, sekali gus membawa saya kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Aryan berkata, pihaknya sudah lama mendekati dan mendalami kehidupan golongan mak nyah seperti ini yang mahu mengubah kehidupan asal mereka, tetapi tidak tahu arah yang hendak dituju.

“Buat permulaan kita akan membantu Zai mendapatkan kerja tetap menerusi rakan-rakan yang memerlukan pekerja, di samping merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang agama dan jabatan berkaitan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/suara-hati-seorang-mak-nyah-1.445524

Lagi Menarik di Intenet Raya:

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.