Powered by Blogger.

Tuesday, November 17, 2015

Adakah Ini Sebabnya Kenapa Jihan & Nabil Disingkirkan Dari Gegar Vaganza?

Suka.info     7:09:00 AM     0


Jika sebelum ini pengacara Gegar Vaganza 2 (GV2) Nabil Ahmad dikecam penonton program realiti tersebut, namun berbeza untuk kali ini.

Selepas disingkirkan daripada program tersebut pada konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad, Nabil dan Jihan bakal digantikan dengan pengacara lebih berpengalaman iaitu Raja Azura (Kak Engku) dan Salih Yaacob.

Penyingkiran tersebut diketahui selepas lagu mereka dipaparkan di skrin pada segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ namun foto mereka telah ditukarkan dengan wajah Kak Engku dan Salih.

Menjawab tentang penyingkiran kedua-dua pengacara tersebut, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata ia hanyalah gimik dan ‘amaran manja’ kepada Nabil dan Jihan.

“Nabil dan Jihan tidak disingkirkan pada malam ini (Ahad), ia cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka.

“Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2.

“Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2, tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Pada konsert minggu kelima bertemakan 'Hits Vaganza' Nabil dan Jihan telah menyanyikan lagu duet yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Amelina berjudul Seri Langkat.

Bagaimanapun, selepas Nabil dan Jihan ‘disingkirkan’ daripada GV2 para penonton telah meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter:




Lagi Menarik di Intenet Raya:

The Magician Behind Britney's Concert And Other Top Hollywood Shows Is Coming To Malaysia!

19 Reasons Why Sometimes Being Single Is Actually The Best

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

13 Funny Coincidences Spotted By The Sharpest Eyes On The Internet

CHALLENGE: Show us your best outfit and you might just win RM250 Zalora vouchers!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.