gambar hiasan |
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Saladin Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada jam 11.15 tengah hari tadi dan berdasarkan aduan tersebut, mangsa yang berusia 47 tahun itu sedang duduk di atas penghadang jambatan.
Menurutnya, tujuh anggota Bomba tiba di tempat kejadian pada jam 11.23 tengah hari dan mendapati wanita terbabit sedang ditenangkan oleh anggota Polis Trafik dan orang awam berhampiran manakala mangsa sudah bersedia untuk terjun.
“Sementara dia (mangsa) sedang berkomunikasi dengan polis, kami tarik dia dari bahagian belakang tanpa berunding dan berlengah.
“Selepas itu, kami bawa dia ke ambulan Bomba untuk ditenangkan kerana mangsa meronta-ronta sambil menunggu arahan daripada pihak polis,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Saladin berkata, berdasarkan perbualan dengan mangsa, wanita terbabit didapati kemurungan kerana masalah hutang yang melampau.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya beritahu yang dia mempunyai masalah hutang yang banyak dan tidak boleh hidup.
“Bagaimanapun, kami cuba tenangkan dia dan serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Lagi Menarik di Intenet Raya:
Which Of These 10 Malaysian Businesses Would You Give RM250,000 To? (Part 1)
How Far Would A Malaysian Go To Save Money?
You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams
Light Up The Lives of 50 Families This Christmas
Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.