Powered by Blogger.

Sunday, November 1, 2015

Buat laporan palsu dirompak gara-gara mahu tangguh kahwin

Suka.info     8:31:00 AM     0


TAIPING - Seorang bakal pengantin berdepan tuduhan selepas didapati membuat laporan palsu, kononnya menjadi mangsa rompakan.

Lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai buruh am itu dikatakan membuat laporan berkenaan sebagai satu cara untuk menangguhkan tarikh perkahwinan yang dijadualkan berlangsung Disember depan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, sebelumini lelaki terbabit datang ke balai polis dan membuat laporan bahawa dia telah dirompak.

Bagaimanapun menurutnya, apabila siasatan dijalankan, dia akhirnya mengaku bahawa kejadian tersebut sebenarnya tidak berlaku.

“Hasil soal siasat, dia sebenarnya menghadapi masalah kewangan kerana bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember depan.

“Tindakan lelaki ini telah menyusahkan polis yang terpaksa melancarkan operasi bagi mengesan suspek yang sebenarnya tidak wujud,” katanya yang memaklumkan tuduhan boleh dibuat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Beliau mengingatkan masyarakat tidak sewenangnya bertindak sedemikian kerana ia hanya akan menyusahkan pihak berkuasa.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/buat-laporan-palsu-gara-gara-mahu-tangguh-kahwin-1.446301

Lagi Menarik di Intenet Raya:

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.