Powered by Blogger.

Friday, November 13, 2015

Foto Bayi perempuan dilahirkan berkepala dua Tetapi Berkongsi Badan

Suka.info     11:20:00 AM     0


DHAKA – Seorang bayi perempuan berkepala dua telah dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Bangladesh pada Khamis, lapor pegawai perubatan tempatan.

Menurut bapa bayi tersebut, anaknya dilahirkan lewat malam Rabu dan kini dirawat kerana mengalami masalah pernafasan selepas keluar dari unit rawatan rapi di sebuah hospital terbesar di Dhaka.

“Saya terkejut melihat bayi saya. Mempunyai dua kepala yang sempurna. Makan dengan dua mulut dan bernafas dengan dua hidung,” kata Jamal Mia, bapa kepada bayi tersebut.

“Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana anak dan isteri berada dalam keadaan baik,” kata Mia kepada AFP.

Abu Kawsar, pemilik Hospital Standard Total Healthcare di mana bayi itu dilahirkan berkata ujian awal tidak menunjukkan bayi tersebut mempunyai dua kepala, hanya satu set organ-organ penting.

“Bayi itu dilahirkan dengan organ sempurna, kecuali dengan kepala dua,” kata Kawsar kepada AFP.

Beribu-ribu orang membanjiri hospital di Brahmanbaria, kira-kira 120 dari timur Dhaka, untuk melihat bayi tersebut.

Sebelum ini, seorang bayi berkepala dua turut dilaporkan dilahirkan di Bangladesh pada tahun 2008, namun telah meninggal dunia. 

Lagi Menarik di Intenet Raya:

Emergency Alert! Korang Wajib Ada 7 Mini Superhero Ini Bila Travel

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

Cili Padi Sandwich And Other Insane Food Challenges Every Spicy Food Addict Should Survive

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.