Powered by Blogger.

Friday, November 13, 2015

Gambar-Gambar Bukti Siti Nurhaliza Sahkan Kehamilannya?

Suka.info     10:26:00 PM     0



Sekalipun sumber terdekat Datuk Siti Nur­haliza Tarudin sudah mengesahkan berita kehamilannya, namun pe­nyanyi itu masih belum bersedia mengumumkannya.

Sebaliknya, Siti Nurhaliza, 36, memohon seluruh peminatnya turut sama mendoakan keinginannya untuk menimang cahaya mata dimakbulkan oleh Allah SWT.

Pada masa sama, Siti Nurhaliza, enggan mengakui atau menafikan berita kehamilannya seperti mana yang tersebar di laman sosial semalam.

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa, 56, itu juga meminta peminat dan wartawan bersabar dan menanti berita gembira mengenai kehamilannya.

Siti Nurhaliza turut berjanji tidak akan menyembunyikan be­rita gembira itu daripada pengetahuan peminat-peminat dan wartawan.

“Buat masa ini, saya mahu fokus terhadap kerjaya seni. Nantilah, bila tiba masanya saya akan berkongsi dengan peminat. Saya tidak akan menyembunyikan berita gembira (hamil) itu,” katanya dalam sidang akhbar sejurus selesai mengadakan persembahan Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya di sini, malam tadi.

Dalam sidang akhbar tersebut, penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Cindai dan Biarlah Rahsia itu sangat berhati-hati memberikan kenyataan mengenai kehamilannya sekali gus me­nguatkan lagi spekulasi yang beliau bakal menimang cahaya mata sulung tahun depan.

Utusan Malaysia turut difahamkan, berita kehamilan penyanyi tersohor ini disambut dengan penuh syukur dan kegembiraan oleh ahli keluarga pasangan itu.

Penyanyi nombor satu negara itu bernikah dengan Khalid pada 21 Ogos 2006 dan sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu sering ditanya mengenai soal kehamilan.

Justeru, apabila Siti Nurhaliza memuatkan foto susu kambing dan buah kurma dalam laman sosial Instagramnya beberapa hari lalu, sebilangan besar peminat penyanyi itu mengaitkan perkara itu dengan kehamilannya.

Menjelaskan mengenai foto itu, Siti Nurhaliza berkata, sudah lama beliau mengamalkan pemakanan itu.


Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.