Powered by Blogger.

Friday, November 13, 2015

Gambar Ngeri Maut Digilis Jentera Penggelek Tar Jalanraya

Suka.info     2:58:00 AM     0


Johor Bharu: Seorang pekerja kontrak maut selepas dilanggar jentera penggelek beroda ketika sedang menjalankan kerja meratakan jalan di KM97.5 Jalan Johor Bharu-Seremban, Ayer Hitam dekat Batu Pahat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, Irwan Shah Salleh, 35, sedang meratakan tar di jalan berkenaan bersama tiga pekerja lain.

"Tanpa disedari, sebuah jentera (tyre roller) dipandu lelaki berumur 34 tahun sedang berundur ke arah Irwan Shah dan terus melanggarnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Akibat pelanggaran itu, Irwan Shah cedera dari bahagian pinggang hingga kaki dan meninggal dunia pada 2.45 petang ketika dirawat di Klinik Kesihatan Ayer Hitam, katanya.

Menurut Din, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama



Lagi Menarik di Intenet Raya:

Emergency Alert! Korang Wajib Ada 7 Mini Superhero Ini Bila Travel

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

6 True Stories Of People Who Got Rich Just By Losing Weight

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.