Powered by Blogger.

Monday, November 16, 2015

Janda Gemar Bertukar Pasangan Pandai Memujuk Dengan Kata-Kata Manis

Suka.info     12:41:00 PM     0



MELAKA: Perwatakan lembut serta raut wajah yang manis didakwa dijadikan modal seorang janda untuk melakukan penipuan wang termasuk membuat cerita dirinya menghadapi masalah membawa masuk pembantu rumah.

Janda terbabit dikatakan menipu lebih daripada 16 mangsa dengan melibatkan kerugian lebih RM30,000.

Menurut beberapa mangsa ketika ditemuramah berkata, janda yang berusia 33 tahun itu sering menggunakan ayat manis serta desakan bagi mendapatkan sejumlah wang yang diminta dengan pelbagai alasan.

Dia yang kononnya terpaksa ke Indonesia bagi mendapatkan pembantu rumah meminta sejumlah wang kepada mangsa bagi menghidupkan visa selain menipu dengan mengatakan dia tersepit dek perjanjian rumah sewa apabila terpaksa membayar sejumlah RM6,000 kepada pemilik rumah tersebut.

Paling menyedihkan, salah seorang yang menjadi mangsa ialah rakan karibnya sendiri yang dikenali sejak bangku sekolah.

Rozaimi Ishak, 33, menceritakan betapa dirinya kesal dan terpedaya selepas termakan pujuk serta desakan oleh janda itu supaya memasukkan sejumlah RM3,000 ke akaunnya.

“Walaupun keberatan pada mulanya, atas dasar itulah saya akhirnya meminjam wang kepadanya.

“Dia meminta daripada saya sebanyak RM7,000 kerana dia kata dia tersekat dalam perjanjian sewa rumah. Tapi dia kata tidak apa, bagi saja setengah daripada jumlah itu, dengan tempoh pinjaman selama sehari,” kata Rozaimi.

Menurut mangsa lagi, dia tidak menyangka rakan karibnya itu bertindak menjerat dirinya apabila berjanji hanya akan meminjam duit tersebut selama sehari.

Katanya, dia memberi wang itu atas dasar kawan baik dan janda tersebut juga bijak menggunakan kata-kata memujuk bagi meyakinkan dirinya.


Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

19 Reasons Why Sometimes Being Single Is Actually The Best

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

5 Ways You Can Cabut From An Awkward Situation Anytime, Anywhere #likeaboss

CHALLENGE: Show us your best outfit and you might just win RM250 Zalora vouchers!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.