Powered by Blogger.

Sunday, November 1, 2015

Johor Dapat Cuti Peristiwa selepas JDT Juara Piala AFC2015:

Suka.info     7:49:00 AM     0


Johor Bahru: Warga Johor diberi curi peristiwa, Ahad, 1 November, berikutan kejayaan skuad Johor DT muncul juara Piala AFC 2015, malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, sudahpun membuat pengumuman itu sebelum perlawanan akhir berlangsung.

Ismai dipetik menerusi satu kenyataan bahawa Johor akan cuti peristiwa jika Johor DT berjaya membawa pulang Piala AFC.

Sementara itu, lokasi menonton perlawanan akhir gegak gempita apabila 10,000 penyokong membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Keadaan menjadi lebih gamat apabila Johor DT sah muncul juara Piala AFC 2015 selepas menumpaskan Istiklol, 1-0, yang kemudiannya diiringi percikan bunga api.

Penyokong tempatan berbilang kaum tidak berganjak sehinggalah majlis penyampaian trofi juara dan pingat yang dikalungkan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.

Mereka menyaksikan semua detik sejarah itu yang dipancarkan secara langsung oleh TV9 dari Tajikistan ke dua layar gergasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89733#sthash.WhIEnPHX.dpuf

Lagi Menarik di Intenet Raya:

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.