Powered by Blogger.

Wednesday, November 11, 2015

Kes pisang ghaib selesai selepas pencuri akhirnya berjaya ditangkap bersama 15 tandan pisang

Suka.info     5:35:00 PM     0



TANGKAK - Kehilangan pisang yang banyak berlaku di daerah ini akhirnya terjawab apabila polis berjaya menahan dua lelaki bersama pisang yang dicuri mereka pada awal pagi, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, suspek berumur 34 dan 38 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada pukul 4 pagi di Jalan Taman Serom Utama di sini.

"Kedua-dua mereka ditahan dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan 15 tandan pisang jenis berangan dan ketika ditanya memberikan jawapan meragukan dari mana hasil pisang itu diperolehi mereka," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Mati di sini, hari ini.

Mohd Salleh berkata, kedua-dua suspek berasal dari Bukit Gambir di sini dan salah seorang suspek berusia 34 tahun itu mempunyai kesalahan dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, seorang lagi suspek berumur 38 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi kedua-duanya disahkan positif dadah jenis syabu.

"Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu turut menjumpai sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk mencuri pisang berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kedua-duanya telah ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan yang kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Menurutnya sepanjang Januari hingga 9 November lalu sebanyak 23 kes kecurian pisang dilaporkan berlaku di daerah ini yang membabitkan kerugian lebih RM20,000.

Katanya, kebanyakan kes kecurian pisang berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi dan pencuri licik melepaskan diri.

Sehubungan itu beliau meminta kerjasama daripada orang ramai bagi menyalurkan maklumat berhubung setiap kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka terutama melihat individu mencurigakan seperti di kebun pisang. - Bernama


Lagi Menarik di Intenet Raya:

Which Of These 10 Malaysian Businesses Would You Give RM250,000 To? (Part 1)

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.