Powered by Blogger.

Saturday, November 14, 2015

Pemandu Hilux Cedera Parah Apabila Dipukul Orang Ramai Kerana Cuba Lari Selepas Melanggar Penunggang Motosikal

Suka.info     9:31:00 PM     0



Tindakan seorang pemandu kereta pacuan empat roda yang melarikan diri sebaik sahaja terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal di Kepala Batas di sini hari ini mengundang padah apabila dia cedera dipercayai dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal lain.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi itu, pemandu kereta pacuan empat roda berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan di muka serta mata dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kejadian tersebut turut menjadi viral di Facebook apabila ramai pengguna menyebarkan gambar kejadian di laman sosial masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu pacuan empat roda berkenaan dipercayai terlanggar belakang sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang pemuda berusia 19 tahun semasa dalam perjalanan ke arah Kepala Batas.

Katanya, selepas perlanggaran, pemandu kenderaan itu cuba berhenti di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian.

“Namun dia menukar fikiran apabila ternampak sekumpulan penunggang motosikal lain menuju ke lokasi. Dia menjadi takut lalu meninggalkan tempat kejadian.

“Tidak puas hati, kumpulan penunggang motosikal terus mengekori pemandu kenderaan pacuan empat roda sehingga ke Pekan Tanah Merah di Jitra,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Adzaman, semasa melarikan diri, pemandu kende*raan pacuan empat roda itu terlibat dalam satu lagi kemalangan di Bulatan Jitra, dekat sini membabitkan dua buah motosikal serta sebuah kenderaan.

“Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ini mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Tambahnya, penunggang motosikal yang telah dilanggar pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut di Kepala Batas mengalami kecederaan di jari telunjuk kanan, mulut serta luka di kedua-dua lutut.









Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

15 Super Yummy Nyonya-Style Salad Recipes

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.