Powered by Blogger.

Tuesday, November 17, 2015

Pencuri gemuk lagi boroi lembik dibelasah orang ramai

Suka.info     5:44:00 PM     0


Seorang penjenayah digelar ‘toyol gemuk’ dibelasah orang ramai hingga lembik dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas didapati memecah masuk rumah.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, suspek bersama seorang lagi rakannya menceroboh masuk rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras, di sini.

Sumber polis berkata, kegiatan suspek disedari jiran mangsa yang menyedari kelibat suspek cuba melarikan diri.

“Beberapa penduduk mengejar suspek dan berjaya menangkap salah seorang daripada mereka.

“Orang awam yang geram dengan perbuatan lelaki itu terus membelasahnya sehingga lembik, selain menyebabkan kecederaan di kepala,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta.

“Suspek dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapat rawatan lanjut.

“Suspek berusia 39 tahun itu bagaimanapun dilaporkan stabil dan ditahan untuk siasatan lanjut, “katanya.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas badan suspek tidak menemui barang kes.

“Bagaimanapun, rakan suspek yang terlepas dalam kejadian itu berjaya melarikan wang tunai RM5,000 dari rumah mangsa.

“Gerakan memburu suspek giat dijalankan dan polis yakin berjaya menahannya dalam masa terdekat.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Lagi Menarik di Intenet Raya:

The Magician Behind Britney's Concert And Other Top Hollywood Shows Is Coming To Malaysia!

19 Reasons Why Sometimes Being Single Is Actually The Best

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

CHALLENGE: Show us your best outfit and you might just win RM250 Zalora vouchers!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.