Powered by Blogger.

Monday, November 2, 2015

Pengantin Lelaki Unik! Datang Ke Majlis Perkahwinan dengan Kereta Batman

Suka.info     3:08:00 PM     0






NEW DELHI 1 Nov. – Seorang pengantin lelaki di negara ini membuat kejutan kepada tetamu baru-baru ini apabila datang ke majlis perkahwinannya dengan menggunakan kereta Batman atau Batmobile.

Mail Online melaporkan, tetamu yang berada di luar bangunan tergamam apabila melihat kereta ikonik berkenaan tiba ke majlis tersebut, sebelum memberikan tepukan gemuruh apabila mengetahui pengantin lelaki berada di dalamnya.

Apa yang lebih menarik adalah kereta tersebut dipandu sendiri oleh Batman.

Batman bukan sahaja memandu Batmobile, tetapi turut membantu pengantin lelaki keluar daripada kenderaan yang hanya boleh memuatkan dua orang penumpang itu.

Bagaimanapun, identiti sebenar pengantin lelaki tersebut masih tidak diketahui.

Batmobile yang digunakan dalam majlis perkahwinan berkenaan merupakan daripada model lama iaitu dari jenis Circa 2000.

Batmobile model Circa 2000 sering digunakan dalam filem-filem klasik Batman sehinggalah ditukar dalam filem Batman Begins pada tahun 2005.

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pengantin-naik-kereta-i-batman-i-ke-majlis-kahwin-1.153213#sthash.2Xiw5MUN.dpuf


Lagi Menarik di Intenet Raya:

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.