Powered by Blogger.

Friday, November 13, 2015

Ramai Yang Teruja Bila Nampak Pramugari Jelita Ini Berhijab

Suka.info     9:23:00 PM     0



Sepang: Saya pernah mengikuti kursus pramugari selama tiga bulan dengan bayaran RM9,000 tetapi terhenti di tengah jalan kerana melihat kerjaya itu seolah-olah tidak mempunyai masa depan untuk gadis bertudung.

“Namun sebaik saja mendapat tahu ada syarikat penerbangan tempatan yang sanggup mengambil wanita berhijab menjadi pramugari, saya terus memohon dan tidak sangka diterima bekerja,” kata bakal pramugari syarikat penerbangan baru negara Rayani Air, Nurhanisah Syahiah Rozali, 19.

Menurut gadis berasal dari Seremban ini, dia memang bercita-cita menjadi pramugari sejak kecil kerana terlalu meminati industri penerbangan tetapi terpaksa melupakannya kerana membawa imej bertudung.

“Selepas berhenti daripada kursus pramugari setelah keluarga sudah berhabis RM9,000, saya menceburi bidang peragaan pakaian Muslimah kerana tidak mahu mendedahkan aurat hanya kerana mahu mengejar cita-cita.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila terbaca iklan mengenai Rayani Air yang mengutamakan konsep Islam dalam kalangan pramugari dan terus diterima selepas menghadiri temu duga 15 September lalu,” katanya di pejabat Rayani Air Sdn Bhd di Bandar Baru Salak Tinggi, semalam.


Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.