Powered by Blogger.

Sunday, November 15, 2015

Umur 6 Tahun Sudah Khatam Al-Quran Dalam Masa 3 Bulan

Suka.info     3:24:00 PM     0



JOHOR BAHARU: Mengikuti program Pintar Al-Qur'an UEM Sunrise Berhad dan mengamalkan membacanya secara disiplin membolehkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun khatam Al-Qur'an dalam tempoh tiga bulan.

Qaisarah Afrina Batrisyiah Azhar yang lancar dan fasih membaca al-Qur'an dianugerahkan sebagai pelajar terbaik perempuan bagi program berkenaan yang bermula Februari lalu.

Menurut ibunya, Ayu Fazurin Tumin, 30, anak sulung dari dua beradik itu pandai membaca al-Qur'an sejak berumur lima tahun dan membaca sekurang-kurangnya 10 muka surat setiap hari.

"Saya bersyukur anak saya mampu khatam dalam masa tiga bulan selepas mengikuti program Pintar Al-Qur'an anjuran UEM Sunrise Berhad," katanya yang ditemui pada majlis khatam Al-Qur'an program Pintar Al-Qur'an UEM Sunrise Berhad kali ke-7, di sini hari ini.

Ayu Fazurin, seorang peniaga berkata, program Pintar Al-Qur'an itu amat baik untuk mendidik kanak-kanak membudayakan Al-Quran sejak kecil.

Katanya, beliau sendiri turut memantau pembacaan Qaisarah Afrina Batrisyiah termasuk taranum dan tajwid selain percaya seorang kanak-kanak akan berjaya menguasai pembacaan al-Qur'an sekiranya ibu bapa sentiasa memberi dorongan.

Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Infrastruktur dan Perancangan Bandar UEM Sunrise, Rusli Zainal Abidin berkata pada tahun ini, seramai 409 kanak-kanak prasekolah mendaftar untuk menyertai program berkenaan yang dianjurkan setiap tahun.

"Daripada jumlah itu, hanya seramai 151 kanak-kanak berjaya menamatkan pembelajaran mengaji al-Quran manakala seramai 258 orang lagi sedang dalam peringkat untuk menyempurnakan pengajian mereka," kata ketika berucap pada majlis itu.

Rusli berkata, program Pintar Al-Qur'an UEM Sunrise yang memasuki tahun ketujuh penganjuran terbukti berkesan membolehkan kanak-kanak celik Al-Qur'an melalui kaedah pengajaran yang inovatif serta kurikulum komprehensif selain dipantau Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ).

Beliau berkata, pihaknya percaya program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu sangat bertepatan dan relevan bagi memastikan nilai Islam berterusan di kalangan generasi muda.


Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

15 Super Yummy Nyonya-Style Salad Recipes

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.