HALIFAX – Fenomena aneh dilaporkan muncul di wilayah Nova Scotia, Kanada apabila seorang lelaki tempatan, Brian Nuttal secara tidak sengaja baru-baru ini berjaya merakamkan video menunjukkan permukaan tanah yang bernafas.
Rakaman dibuat pada 31 Oktober lalu kemudian dimuat naik menerusi akaun Manual Petitat di laman YouTube itu sekali gus menggemparkan jutaan penduduk negara berkenaan selain mencetuskan minat masyarakat seluruh dunia.
Media Kanada melaporkan Nuttal dalam posting menerusi akaun Facebook dirinya mendakwa, insiden ganjil itu dirakamkan di kawasan hutan yang dikenali sebagai Apple River di wilayah Nova Scotia tersebut pada akhir bulan lepas.
Terletak di Teluk Fundy, Apple River sebenarnya merupakan sebuah tempat terpencil dan dipercayai mula diteroka pada 1783 serta dihubungkan pada jarak 239 kilometer dengan bandar raya terbesar ibu wilayahnya, Halifax.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat tersebut, Nuttal berkata, tanah di situ asalnya cukup tenang tiba-tiba berubah dan tampak permukaannya seperti kembang kempis seumpama aksi paru-paru manusia apabila bernafas.
“Ia sangat pelik, apabila saya berjalan di sana tiba-tiba saya merasakan tanah mula bergoncang,” jelas beliau lagi.
Ramai netizen menganggap fenomena unik itu terjadi secara semula jadi akibat pergerakan kuat air sungai bawah tanah yang turun-naik berikutan lokasi insiden tersebut berlaku memang tidak terlalu jauh dari sebuah tasik.
Namun, Nuttal menolak andaian tersebut kerana kawasan itu agak kering dan beliau sendiri yang berpengalaman memburu haiwan liar di dalam hutan belum pernah langsung merasai kejadian sedemikian. – Agensi
LINK VIDEO
Lagi Menarik di Intenet Raya:
Emergency Alert! Korang Wajib Ada 7 Mini Superhero Ini Bila Travel
8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station
Which Of These 10 Malaysian Businesses Would You Give RM250,000 To? (Part 1)
9 Things To Do When Your Travel Plans Are Controlled By The Dreaded 'B' Word
Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.