Powered by Blogger.

Wednesday, November 4, 2015

Video! Kes perempuan belasah kereta dengan pengunci stereng

Suka.info     6:34:00 AM     0



KUALA LUMPUR 1 Nov. – Rakaman video seorang wanita merosakkan sebuah kereta Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki menggunakan pengunci stereng dalam kejadian di Jalan SS15/51, Subang Jaya dekat sini pada 28 Oktober lalu menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu menarik perhatian pengguna Internet.

Bagaimanapun, rakaman video berdurasi 17 saat yang dirakam lelaki tersebut dikatakan tidak memberikan gambaran sebenar punca kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.37 pagi sehingga ada pengguna membidas tindakan wanita berumur 34 itu kerana bertindak ganas dan berbahaya.

Rakaman tersebut dipercayai cuma sebahagian kecil daripada kejadian selepas wanita berkenaan mendakwa pemandu kereta yang dirosakkan itu sebenarnya telah melanggar kenderaannya beberapa kali.

Kemudian lelaki tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat sebelum bertindak ganas terhadap bapa wanita berkenaan.

Wanita itu juga turut menjelaskan insiden sebenar di laman Facebook miliknya Shasha Farina bahawa ketika mahu meletakkan kereta Volvo di ruang parkir yang disewa khas miliknya, dia melihat ada sebuah Toyota Camry telah menggunakan ruang tersebut.

Selepas itu, wanita berkenaan bertindak meletakkan kenderaan miliknya betul-betul di hadapan kereta Toyota Camry sebelum membuat aduan berhubung kejadian tersebut kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Dua jam kemudian lelaki itu membunyikan hon dan ketika mahu keluar daripada pejabatnya untuk mengalihkan kenderaannya.

Pemandu Toyota Camry tersebut kemudian melanggar kereta Volvo beberapa kali.

Difahamkan lelaki berkenaan telah mengaku bersalah melanggar kereta milik wanita berkenaan dan dikenakan saman oleh MPSJ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan lelaki berkenaan telah membuat pengakuan melanggar kereta milik wanita terlibat.

“Lelaki terbabit telah dikenakan saman oleh pihak polis dan MPSJ. Bagaimanapun, siasatan terperinci mengenai kes itu akan dijalankan untuk tindakan susulan,” katanya.

 Video 


Lagi Menarik di Intenet Raya:

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.