Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

4,778 sekolah ditutup lagi

Suka.info     6:45:00 AM     0

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur ditutup hari ini berikutan berlaku peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Turut ditutup akibat masalah serupa adalah sekolah di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan daerah Bentong di Pahang.

Beberapa sekolah di Sarawak turut ditutup iaitu di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sebentar tadi.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu bakal membabitkan seramai 2,696,110 pelajar daripada 4,778 sekolah.

"Jabatan Pendidikan negeri dan daerah bersama pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan.

"Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, pihak terbabit boleh mengambil tindakan penutupan seperti ditetapkan oleh kementerian," katanya.


Sumber berita harian


Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.