Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

Parlimen: Usul gantung kehadiran Kit Siang dibahas esok

Suka.info     6:47:00 AM     0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen akan membahaskan usul bagi menggantung kehadiran Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke Dewan Rakyat, jam 11.30 pagi esok.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, petang tadi selepas tempoh bagi memberi penjelasan yang diminta tidak dipenuhi pemimpin vateran DAP itu.

Berdasarkan usul yang dibawa itu, Kit Siang bakal berdepan hukuman digantung kehadirannya ke Dewan Rakyat selama enam bulan.

Terdahulu ketika sesi perbahasan dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, beliau mahu Kit Siang memberi penjelasan semula, termasuk menarik balik tanpa syarat semua dakwaannya yang dibuat kelmarin selepas sesi perbahasan usul mengenai isu jerebu selesai kira-kira jam 5.35 petang tadi.

Bagaimanapun, selesai perbahasan usul jerebu, Kit Siang tidak berada di dalam dewan memaksa Ronald membuat keputusan bahawa wakil rakyat pembangkang itu tidak mahu memberi sebarang penjelasan seperti diminta.

Dalam pada itu, Ronald juga memaklumkan bahawa pemberitahuan usul gantung kehadiran terhadap Kit Siang itu sudah dikemuka dan diedar ke Dewan Rakyat petang tadi.

"Usul gantung dia sedang diedar dalam dewan sekarang. (soalan: usul akan dibawa untuk dibahas esok?) ..11.30 pagi," jawabnya menerusi WhatsApp.

Usul itu nanti akan dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 27 (3).


Sumber berita harian


Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.