KUALA LUMPUR: Tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi, penjawat awam dan swasta mengharapkan ihsan kerajaan dengan memberikan bonus dalam Bajet 2016.
Tinjauan BH mendapati, walaupun rata-rata penjawat awam dan swasta yang ditemui tidak menaruh harapan tinggi kerana sedar negara berdepan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu, mereka tetap berharap kerana pemberian imbuhan itu mampu meringankan beban hidup ketika ini.
Kakitangan awam, Asmar Ramli, 29, berkata pemberian bonus itu sangat diperlukan pada ketika ini berikutan kenaikan harga tol, minyak dan harga barangan keperluan sekali gus menyebabkan peningkatan kos sara hidup.
"Saya rasa mungkin tidak dapat bonus tahun ini, namun sepatutnya kami menerima imbuhan itu memandangkan selama ini kami hanya diberi bantuan khas kewangan.
"Jika tiada pengumuman berhubung bonus, kami tetap bersyukur, namun lebih baik jika kami dapat kerana ia satu kemudahan yang ditunggu," katanya.
Friday, October 23, 2015
Bajet 2016: Bonus pembakar semangat kakitangan awam
Berita selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91027


0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.