Powered by Blogger.

Friday, October 23, 2015

5 pelajar didakwa serbu Kementerian Pendidikan

Suka.info     8:16:00 AM     0

TAIPEI: Pendakwa raya Taiwan mengemukakan tuduhan ke atas lima pelajar yang menyerbu Kementerian Pendidikan Julai lalu berhubung perubahan kurikulum sekolah yang dilihat agenda China untuk memasukkan kepulauan itu dalam wilayahnya.

Pelajar berkenaan antara sekumpulan penunjuk perasaan yang memecah masuk ke dalam kementerian sebagai tindak balas kepada langkah kontroversi yang mencetuskan perdebatan panas berhubung sejarah Taiwan dan hubungan tegangnya dengan China.


Pejabat Pendakwa Raya daerah ini dalam satu kenyataan berkata, lima pelajar itu didakwa menghalang keadilan, namun disebabkan faktor usia, tempoh pemerhatian mungkin lebih sesuai jika keputusan sabitan dikeluarkan.

"Defendan ialah pelajar, dan mungkin tidak mempertimbangkan sewajarnya tindakan mereka kerana masih muda," katanya.

Taiwan yang mentadbir sendiri berpisah dari tanah besar pada tahun 1949 selepas perang saudara namun Beijing mahu bersatu semula dengan kepulauan itu pada satu peringkat dan tidak menolak menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamatnya.

Pengkritik mendakwa perubahan kurikulum, termasuk merujuk Taiwan 'ditemui China' - mendukung versi sejarah China dan diperkenalkan tanpa rundingan sempurna.

Bantahan berlaku di tengah kebimbangan memuncak penduduk awam mengenai pengaruh China ketika hubungan semakin baik di bawah pentadbiran Ma Ying-jeou, yang dilihat rapat dengan Beijing.

Dakwaan ke atas aktivis Lin Kuan-hua, yang kes bunuh dirinya pada kemuncak bantahan menyaksikan kementerian diceroboh lagi beberapa minggu - digugurkan berikutan kematiannya, kata pendakwa.

Dua lagi dirujuk ke mahkamah juvana, manakala dakwaan turut digugurkan terhadap 22 lagi yang terbabit dalam kes itu. - AFP

Sumber: berita harian



0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.