Powered by Blogger.

Friday, October 23, 2015

Bajet 2016: Nelayan harap peruntukan ditambah

Suka.info     8:21:00 AM     0

TUMPAT: Kalangan nelayan di daerah ini berharap Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan tambahan melalui Bajet 2016 untuk persatuan nelayan menguruskan kemudahan ahlinya selain mengekalkan pemberian insentif dan subsidi bahan api.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat, Abd Kadir Yusoff, berkata jika peruntukan itu dapat disediakan, ia memudahkan persatuan membaikpulih jeti untuk menempatkan 400 bot serta mengadakan aktiviti untuk nelayan.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini, persatuan perlu mencari peruntukan sendiri melalui ahli di samping menunggu bantuan daripada pihak kerajaan untuk kos pembaikan.

"Dengan adanya peruntukan ini, kita tidak lagi perlu menunggu mana-mana bantuan, sebaliknya menggunakan sumber kewangan yang disediakan kerajaan untuk membaiki apa-apa kemudahan yang ada di jeti.

"Selain itu, peruntukan insentif kerajaan untuk setiap nelayan sebanyak 20 sen sekilogram perlu dikekalkan termasuk subsidi petrol dan diesel untuk kegunaan nelayan turun ke laut," katanya ketika ditemui di sini.


Berita selanjutnya di http://www.bharian.com.my/node/91013


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.