Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Bapa temui nota anaknya mengadu hamil hasil benih teman lelaki

Suka.info     12:03:00 PM     0

Putrajaya: Tembelang remaja yang merogol kekasihnya pecah apabila bapa mangsa menjumpai sekeping nota mengadu bahawa remaja 16 tahun itu hamil.

Dalam kejadian Rabu lalu pada jam 3.30 petang, seorang lelaki berusia 30-an memasuki bilik anaknya untuk memeriksa keadaan remaja tingkatan 4 itu.

Bagaimanapun, bapa itu menjumpai sekeping nota memberitahu bahawa remaja itu hamil hasil dari hubungan bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun.

Timbalan Ketua Polis Putrajaya Superintendan Mark Pak Chuai berkata, sepasukan polis sudah menahan suspek yang bekerja di pasaraya itu pada hari kejadian.

"Suspek mengenali mangsa dari aplikasi Wechat sebelum beberapa kali melakukan seks tanpa perlindungan dengan mangsa di rumah suspek.

"Bagaimanapun, remaja berkenaan sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, petang tadi.

Sumber harianmetro




Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.