Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Peserta Gegar Vaganza ditahan polis miliki senjata api

Suka.info     11:58:00 AM     0

KUALA LUMPUR, 21 Oktober: Seorang vokalis sebuah kumpulan yang popular sekitar tahun 90-an ditahan awal pagi tadi, kerana memiliki senjata api.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Kampung Chubadak, Sentul, selepas unit cawangan pencegahan jenayah menemui kenderaan jenis Proton Gen 2 yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Sentul, R. Munusamy berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1.45 pagi tadi dan hasil pemeriksaan menemui sepucuk pistol berwarna hitam jenis Walther CP99.

Menurutnya, pistol tersebut ditemui di atas tempat duduk pemandu.

“Suspek mengaku pistol itu adalah miliknya,” katanya.

Hasil semakan mendapati, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah pada 2004.

Suspek yang juga seorang peserta sebuah rancangan realiti, Gegar Vaganza musim kedua, kini ditahan untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Sumber therakyatpost




Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.