Powered by Blogger.

Sunday, October 25, 2015

Mayat tak pulang rumah sejak beberapa hari lalu

Suka.info     6:03:00 AM     0

Kota Kinabalu: Jaga yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui mati dalam keadaan reput dan berulat di kawasan paya di sebuah padang golf, Luyang, di sini, hari ini.

Mayat Irone Lee Su Vhi, 39, ditemui pekerja di padang golf terbabit, pada 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendedahkan bahawa mangsa yang bekerja sebagai jaga di dewan berhampiran lokasi kejadian sering masuk ke padang golf itu untuk mencari bola golf dalam tasik.

"Semakan juga mendapati terdapat satu laporan polis bahawa mangsa sudah tidak pulang ke rumah sejak 20 Oktober lalu.

"Pemeriksaan awal oleh polis ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau luka dan tiada unsur jenayah berlaku," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, mangsa sudah di hantar ke bilik mayat Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Menarik Dari Intenet Raya:

The Unspoken Bond A Malaysian Can't Deny Even When Overseas

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.