Powered by Blogger.

Sunday, October 25, 2015

Ratu goyang pinggul ucap kesedihan

Suka.info     9:02:00 PM     0

Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia yang terkenal dengan goyang gerudi, Inul Daratista memohon maaf dan turut berdukacita serta menyampaikan takziah terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran di pusat karaoke miliknya, Inul Vizta Manado, di Mega Megamas, Manado, Sulawesi Utara awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi itu, 12 orang terkorban, 71 lagi cedera.

Inul menerusi Instagramnya memaklumkan kejadian itu berlaku dalam tempoh 10 tahun dia terbabit dalam perniagaan dan memberi peringatan kepadanya untuk mengambil langkah lebih baik pada masa akan datang.

Portal berita tempatan memetik Ketua Polis Daerah Manado, Rio Permana sebagai berkata, pusat karaoke yang terletak di tingkat tiga sebuah kompleks padat dengan pengunjung ketika kejadian berlaku

Kebanyakan pengunjung dilapor tidak menyedari kebakaran itu kerana mereka asyik berhibur dan hanya melarikan diri setelah ternampak api mula marak.

Ramai yang terperangkap kerana hanya ada satu pintu keluar dan menyebabkan ramai yang menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat dua dan tiga.

Semua mangsa yang meninggal dan cedera dibawa ke Hospital Prof dr RD Kandou Malalayang, Manado.

Kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas itu dapat dikawal sepenuhnya pada kira-kira 3.30 pagi.

Semua mangsa yang terkorban sudah dikenal pasti dan mereka adalah:

1. Claudya Wowor

2. Riani Walalangi

3. Cici Wonok

4. Sinta Sajouw

5. Freddy Kalalo

6. Sukardi

7. Randy Korompis

8. Lani Langi

9. Rendy

10. Silvia Kaawoan

11. Brayen Kaawoan

12. Bilman Simatupang

-Detikcom

Sumber myMetro


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.