Powered by Blogger.

Thursday, November 19, 2015

Siti chubby kini menjanda anak lima

Suka.info     1:13:00 AM     0

MENGAKUI sendiri namanya tidak begitu terkenal, pelakon Siti Chubby tidak menolak kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini sedikit sebanyak memberi peluang untuk namanya dikenali.


Siti atau nama sebenarnya Norfaridah Samsudin, 34, asal dari Felda Kahang Barat, Kluang, Johor dikatakan mencuri dan mempergunakan seorang rakannya sepanjang berada di luar negara baru-baru ini.

Bakat daripada Skool of Lawak ini seperti didakwa oleh rakannya kepada sebuah akhbar sebagai bersikap buruk, selain membuat onar yang menyusahkan pihak lain sepanjang berada di Melbourne, Australia.

Ketika bertemu dengan ibu kepada lima orang anak ini di majlis pelancaran filem Blorong di Hulu Kelang, Selangor, nampaknya dia cukup tenang memberi jawapan. Sebelum ini Siti Chubby pernah berlakon sebagai Eton Gebu dalam filem Cun, Janda-Jandaku Gengster, Adnan Sempit 3, Kisah Paling Gangster, Seram Sejuk, Sumpahan Kum-kum, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi. Wartawan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN bertanya soalan-soalan panas kepadanya.

Hits: Awak ke Melbourne baru-baru ini, kononnya untuk membawa diri selepas bercerai, betul ke?

SC: Bab bercerai itu betul dan ke Melbourne itu juga betul. Namun membawa diri sebab bercerai itu yang salah. Ia tidak timbul sama sekali. Saya ke sana atas urusan perniagaan, bukan sebab lain.

Katanya Siti Chubby ke sana kerana mahu bekerja sebagai pekerja ladang, apa hal pula tu? Boleh jelaskan?

Saya tidak pernah bekerja di ladang, cuma pergi ke ladang itu memang ada. Itu pun sekadar membuat lawatan dan bukan bekerja. Saya tidak tahu apa yang disampaikan orang ini, memandangkan tanpa pas yang sah, kita tidak dibenarkan bekerja di negara orang, saya pun tidak akan ambil risiko tersebut. Tambahan pula saya pergi ke sana pada musim sejuk, jadi ladang mana yang dibuka? Logiklah sikit.

Kalau bukan bekerja di ladang, apa yang Siti Chubby buat di sana?

Saya ke sana sejak Jun lalu, fokus untuk mencari peluang perniagaan buat saya. Perniagaan yang saya ceburi kini adalah untuk memperkenalkan cara mudah bagi rakyat kita menyambung pelajaran di Australia. Sehingga kini saya masih berusaha memudahkan setiap urusan mereka yang mahu menyambung pengajian, jadi sebab itu saya tinggal agak lama di sana tempoh hari untuk menguruskan beberapa hal dengan pihak berkaitan.

Sudahlah tertinggal kapal terbang pulang, lepas tu menyusahkan kawan sendiri pula. Memang perangai awak macam tu ke?

Oh, macam ni sebenarnya. Saya naik dua kapal terbang berbeza ketika pergi dan pulang, Alhamdulillah semuanya selamat. Soal itu saya tidak mahu panjangkan lagi. Bagi saya lebih baik sekiranya dia (kawan tersebut) bersemuka sahaja dengan saya untuk selesaikan hal ini, jangan cakap belakang.

Kalau awak tak jelaskan, orang akan anggap dia betul. Kan?

Kalau minta saya jelaskan, memang saya berikan orang itu sejumlah wang untuk menempah tiket bagi pihak saya, namun dia keliru dengan waktu yang saya minta. Tetapi tidak mengapalah. Benda sudah berlalu. Sejujurnya, saya tidak mengambil hati bila dia heboh kepada pihak media. Ada hikmahnya.

Pelik juga, kenapa rakan Siti Chubby ini mengeluarkan kenyataan seperti itu kalau benda ini tidak benar terjadi ya?

Saya pun tidak tahu juga kenapa dia berbuat demikian. Perlu ke? Tak apalah, melalui cerita ini juga ada pihak yang mula mencari siapa saya (ketawa).

Bukan calang-calang mahu meneruskan perniagaan ke luar negara, jadi sudah tidak mahu berlakon ke?

Lakonan masih menjadi minat utama, perniagaan ini lebih kepada persediaanmasa depan. Saya masih boleh berulang alik ke Kuala Lumpur, kerana ini juga antara usaha saya untuk menambahkan pendapatan.

Selepas jadi janda, bagaimana kehidupan?

Okey saja. Saya tidak ada apa-apa masalah, semuanya sudah ditakdirkan dan saya menerima dengan baik. Hubungan saya dengan bekas suami juga masih baik, kami menerima apa yang sudah berlaku. Malah apa yang penting kini adalah anak-anak kami seramai lima orang. Soal sama ada masih ada harapan untuk kami bersama, saya tidak boleh jawab.

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.