Powered by Blogger.

Sunday, October 25, 2015

Dibelash lelaki mabuk

Suka.info     9:10:00 PM     0

Georgetown: Sekumpulan lelaki mengamuk dan membelasah empat pelanggan di pusat hiburan di Times Square, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi itu, kumpulan lelaki terbabit bersenjatakan pisau dan botol menyerang semua mangsa yang ketika itu berada dalam bilik di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kerana salah faham selepas seorang daripada mangsa didakwa memarahi ahli kumpulan berkenaan sebelum itu.

"Seorang mangsa terpaksa menjalani pembedahan di kepala dan tangan akibat dipukul botol serta ditoreh pisau.

"Kita sudah mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Mymetro

Gambar hiasan


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.