Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Empat pemancing diselamatkan di Sipitang

Suka.info     8:46:00 AM     0

LABUAN: Empat pemancing yang hanyut di perairan Teluk Brunei berjaya ditemui dan diselamatkan oleh Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Labuan, kira-kira jam 5.20 petang Ahad lalu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, bilik operasi Maritim Labuan menerima panggilan kecemasan jam 11.45 pagi daripada adik salah seorang mangsa.

“Adik mangsa berkenaan melaporkan abangnya iaitu Zaidin Said bersama tiga lagi rakannya keluar memancing seawal jam 3 pagi dari Lawas.

“Zaidin menghubungi adiknya itu dan mengatakan bot yang mereka naiki mungkin mengalami kerosakan enjin dan sedang hanyut di kawasan perairan Teluk Brunei.

“Setelah menerima laporan berkenaan, Maritim Labuan mengarahkan sebuah kapal maritim dan sebuah bot peronda melaksanakan operasi mencari dan menyelamat bersama pihak Polis Marin Labuan,” katanya.

Che Adnan berkata, lebih empat jam kemudian, kesemua mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat di kawasan 10 batu nautika dari Pantai Sipitang, Sabah.

“Bot berjaya dibawa ke perairan Kampung Punang dan ditunda oleh bot lain untuk masuk ke jeti di kampung berkenaan,” katanya.

Beliau menasihatkan agar orang ramai membuat persiapan sewajarnya sebelum ke laut berikutan keadaan cuaca tidak menentu, di mana komuniti maritim disaran merujuk dan mendapatkan maklumat berkaitan cuaca sebelum ke laut.

Pusat Operasi Maritim Daerah Maritim Labuan boleh dihubungi di talian 087-427999.

Sumber: theborneopost





Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.