PULAU PINANG 25 Okt. - Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar dirogol sebelum dibunuh semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, soal siasat terhadap suspek berusia 20 tahun yang ditahan mengaku membunuh mangsa kerana cemburu selepas mengesyaki pelajar berkenaan mempunyai teman lelaki baharu.
Katanya, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengakui telah merogol sebelum membunuh mangsa.
“Polis turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar mangsa. Senjata itu disembunyikan berhampiran tempat kerjanya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Menarik Dari Intenet Raya:
The Unspoken Bond A Malaysian Can't Deny Even When Overseas
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.