Powered by Blogger.

Monday, October 26, 2015

Rokok vape tidak akan dibenarkan lagi

Suka.info     4:53:00 PM     0

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang membuat siasatan terperinci mengenai kejadian rokok elektronik yang terbakar dalam pesawat Malindo Air OD1003 pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan berdasarkan kepada "Technical Instructions for the Safe Transport of Dangerous Goods by Air" (ICAO Doc 9284) yang dikeluarkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), penumpang dan kru penerbangan dilarang daripada membawa 'battery powered portable electronic smoking devices', termasuk rokok elektronik, dalam bagasi daftar masuk.

Beliau berkata, penumpang dan kru juga dilarang mengecas peralatan berkenaan di dalam kabin penerbangan.

"Bateri hendaklah dipisahkan daripada 'battery-powered portable electronic smoking devices' dan bateri itu hendaklah disimpan dalam bekas penyimpanan yang sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Katanya, larangan berkenaan hendaklah dipatuhi oleh syarikat penerbangan, kru dan penumpang supaya insiden itu tidak berulang pada masa depan.

Berita harian

Menarik Dari Intenet Raya:

The Unspoken Bond A Malaysian Can't Deny Even When Overseas

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.