Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Gorila jadikan 2 ekor kucing sebagai anak angkat

Suka.info     6:49:00 AM     0


NEW YORK 16 Okt. – Seekor gorila betina di Amerika Syarikat dilapor menjadikan dua ekor anak kucing sebagai anak angkat selepas menerima haiwan berbulu itu sebagai hadiah daripada pelatihnya baru-baru ini.

Mail Online melaporkan, gorila diberi nama Koko itu menerima hadiah berkenaan daripada Francine Patterson yang menyedari haiwan yang sering kemurungan dan mahir menggunakan bahasa isyarat tersebut cenderung menunjukkan isyarat ‘bayi’.

Koko yang masih belum mempunyai anak sebelum ini sering menunjukkan keinginan mahukan bayi antaranya sering dilihat membawa patung gorila pada tangannya dan pada satu ketika gorila berkenaan akan berpura-pura bahawa patung tersebut boleh menggunakan bahasa isyarat sepertinya.

Sehubungan itu, sempena hari jadinya yang ke-44 baru-baru ini, Patterson memperkenalkan Koko kepada beberapa ekor anak kucing dan gorila berkenaan tanpa berlengah terus menyentuh dengan lembut kucing berkenaan sebelum mendakap seekor anak kucing meskipun dia mempunyai tangan yang besar.

Koko yang kini tinggal di Yayasan Gorila di Woodside kemudiannya menunjukkan isyarat supaya anak kucing itu diletakkan pada kepalanya sebelum dia memberikan petunjuk bahawa anak kucing itu adalah anaknya.

Video mengharukan itu kemudiannya dimuatnaik di YouTube oleh pemilik akaun bernama ‘kokoflix’ yang menyatakan bahawa gorila dan dua anak kucing itu kini adalah sebahagian daripada sebuah keluarga bahagia.

Akaun kokoflix itu menulis: ‘Koko mendapat hadiah hari jadinya pada 4 Julai lalu dan bukan hanya seekor kucing, malah amat banyak.

‘Koko jatuh cinta dengan seekor anak kucing dan anak kucing lain turut jatuh cinta dengannya. Koko telah menjadikan dua ekor anak kucing itu sebagai keluarganya’.



Koko bersama dua ekor anak kucing yang dijadikan sebagai anak angkatnya.




Koko sedang memikirkan masa depan dua anak angkatnya.

Menarik Dari Intenet Raya:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.