Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Raih RM800 sehari jual jering rebus

Suka.info     6:52:00 AM     0


Kuala Terengganu: Hanya dengan menjual jering rebus dan buah perah, seorang wanita dari Kampung Pasir Panjang, di sini, mampu meraih pendapatan sehingga RM800 sehari.

Rosnas Muda, 53, berkata, dia sudah menjalankan perniagaan itu selama 20 tahun lalu setelah mewarisinya daripada arwah datuknya.

“Jering rebus kami terkenal dan mempunyai pelanggan tetap dari dalam dan luar negeri sejak dulu lagi.

“Buah jering dan perah jenis bermusim dan kerana itu hanya pada September hingga November saja ia dijual. 

"Sepanjang tempoh itu, penggemar dari serata tempat termasuk Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan datang ke gerai saya untuk membelinya,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya di sini, semalam.

Rosnas berkata, memandangkan sambutan terhadap jering rebus sangat menggalakkan, dia terpaksa merebus tiga periuk jering setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.