Powered by Blogger.

Tuesday, October 20, 2015

Handphone jenama Pepsi di China

Suka.info     10:35:00 AM     0



WASHINGTON 19 Okt. – PepsiCo Inc. bakal memperkenalkan telefon pintar, Pepsi P1 dan aksesori di China sebagai strategi pemasaran baharu di samping memenuhi permintaan pasaran itu yang sedang meningkat.

Jurucakap PepsiCo, Aurora Gonzalez berkata, syarikat bekerjasama dengan rakan kongsi pelesenan untuk menjual telefon pintar yang mempunyai saiz skrin 5.5-inci 1080p.

Katanya, Pepsi P1 dikuasakan dengan pemproses 1.7Ghz dan memori simpanan 16GB dijangka berharga kira-kira AS$205 (RM865.14) seunit.

Gonzalez walau bagaimanapun menegaskan PepsiCo tidak merancang untuk menceburi dalam segmen perniagaan pembuatan telefon mudah alih.

“Apa yang dikhuatiri kini sama ada pengguna akan membeli atau tidak kerana terdapat banyak jenama telefon pintar yang gagal di pasaran China,” katanya dalam laporan Washington Post di sini.

Pepsi P1 buat pertama kali dilaporkan menerusi laman web teknologi, Mobipicker yang memberitahu telefon pintar berkenaan dijangka berada di pasaran pada 20 Oktober ini.

Pesaing Pepsi iaitu Coca-Cola Co. tidak memberi jawapan ketika ditanya kemungkinan untuk mengeluarkan telefon pintar.

Sementara itu, penganalisis teknologi kumpulan Gartner, Tuong Nguyen berkata, pasaran telefon mudah alih dikuasai oleh Apple, Samsung dan jenama lain.

“Samsung meraih jualan seluruh dunia sebanyak 21.9 peratus pada suku kedua tahun ini diikuti Apple sebanyak 14.6 peratus sementara pengeluar lain hanya mempunyai pegangan satu digit atau kurang.

“Berikutan pasaran yang kompetitif, meskipun jenama Pepsi adalah besar, syarikat itu dijangka berdepan kesukaran dengan produk telefon pintar baharu.” katanya.


Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

How To Get The BEST Packages For Superstars Of Magic 4 In Genting This October 2015  


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.