Powered by Blogger.

Tuesday, October 20, 2015

Penyokong bola diberi amaran keras

Suka.info     10:35:00 AM     0



Shah Alam: Polis memberi amaran keras kepada penyokong agar tidak membawa barang terlarang terutama suar dan senjata berbahaya ketika perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga Anggota Jawatankuasa Piala Sultan Selangor berkata, penyokong kedua-dua pasukan sepatutnya menjaga tingkah laku ketika menonton perlawanan berkenaan.


"Perlawanan ini membabitkan pemain dari Singapura dan kemungkinan besar akan ditonton peminat di luar negara. Dengan mempamerkan imej yang baik ia akan memberi kesan positif kepada nama baik negara.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi sepanjang berlangsungnya perlawanan itu nanti," katanya dalam sidang media khas mengenai Piala Sultan Selangor yang kini memasuki edisi ke-14 di sini hari ini.

Khalid berkata kehadiran polis akan ditingkatkan untuk perlawanan antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura serta pasukan veteran kedua-dua pasukan yang menjadi acara pembuka tirai.

Beliau juga mengingatkan penyokong supaya hadir ke stadium lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke stadium selain

mematuhi arahan polis dalam aspek meletak kenderaan.


Sumber: harianMetro

Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

How To Get The BEST Packages For Superstars Of Magic 4 In Genting This October 2015  


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.