Powered by Blogger.

Monday, October 26, 2015

Ibu tunggal belajar mengurut

Suka.info     6:56:00 AM     0

Exco mahu latih ibu tunggal jadi tukang urut

Kerajaan negeri mahu melatih kira-kira 26,000 ibu tunggal di Terenggani sebagai bidan dan tukang urut kepada golongan wanita di bawah Program Mama Care, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Beliau berkata ia melibatkan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kolej Komuniti.

"Ia untuk memberi pendapatan sampingan kepada golongan berkenaan bagi menyara keluarga mereka," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Seminar Bicara Gender: Menangani Keganasan Terhadap Wanita, di Dewan Gong Kemuntong di Besut hari ini.

Muhammad Pehimi berkata mereka yang berminat boleh mendaftar di Pejabat Daerah sebelum mengikuti kursus kemahiran daripada tenaga pengajar berpengalaman.

"Khidmat tukang urut dan bidan sangat diperlukan," katanya.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/317117

Lagi Menarik di Intenet Raya:

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.