Powered by Blogger.

Monday, October 26, 2015

Khayal berseronok membawa padah

Suka.info     6:52:00 AM     0


MANADO, Indonesia: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kebakaran membabitkan sebuah pusat karaoke yang padat dengan pengunjung di Kepulauan Sulawesi, di sini, awal pagi tadi.

Saksi berkata, kebakaran bermula jam 1 pagi di tingkat dua sebuah bangunan tiga tingkat apabila beratus pengunjung memenuhi pusat hiburan yang terletak di Manado, ibu negeri wilayah Sulawesi Utara.

Ketua Polis Manado, Kolonel Rio Permana, berkata 12 mangsa yang terkorban di Kelab Inul Vizta Karaoke terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita dan semua mereka adalah warga tempatan.

Kebanyakan mereka meninggal dunia akibat sesak nafas berbanding luka melecur.

Sementara itu, 32 lagi mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran.

Beliau berkata, polis masih menyiasat punca kebakaran itu yang dapat dikawal sepenuhnya bomba beberapa jam kemudian.



http://www.bharian.com.my/node/91793

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.